Invois kemas, dalam 60 saat.
Tiada log masuk. Tiada tera air.

Taip butiran anda dan muat turun PDF yang bersih. Sesuai untuk ringgit, dolar, dan hampir apa-apa sahaja. Bila dah penat taip invois yang sama setiap bulan — perakaunan WhatsApp kami sekali forward je.

Pratonton langsung
Mata wang

Invois

Nak hantar melalui MyInvois? Anda perlukan TIN pembeli. Semak TIN percuma.

0.00
Subjumlah RM 0.00
Diskaun
− RM 0.00
%
RM 0.00
Jumlah RM 0.00

Hantar salinan ke mana?

Pilihan — tapi kalau anda tinggalkan email atau WhatsApp, kami simpan templat anda untuk kali seterusnya. Tanpa spam pemasaran.

Kami tak akan jual butiran anda. Berhenti langgan bila-bila masa.

Tiga medan, satu PDF.

Semuanya muat dalam satu skrin. Tiada wizard. Tiada paywall.

  1. Taip

    Taip butiran dalam invois.

    Klik mana-mana medan dan taip. Nama perniagaan, nama pelanggan, item. Ia update sambil taip: apa anda nampak, itulah yang dimuat turun.

  2. Cukai

    Tambah cukai kalau anda berdaftar SST.

    Pilih SST / GST / VAT, taip kadar (6% atau 8% untuk Malaysia). Kalau tak berdaftar, biarkan sifar. Kebanyakan mikro tak perlu.

  3. Hantar

    Muat turun. Hantar. Terima bayaran.

    Klik muat turun, email PDF kepada pelanggan atau lampirkan di WhatsApp. Di footer ada "made with Kiira". Boleh buang dengan daftar akaun percuma.

Kalau anda buat ni lebih dari dua kali sebulan

Berhenti taip semula. Forward je.

Alat ni sesuai untuk invois sekali-sekala. Kalau anda keluarkan invois sama setiap bulan, perakaunan WhatsApp boleh jimat 10 minit setiap kali.

  • Forward resit → terus disimpan. Tiada borang.
  • Pelanggan berulang diingat — invois satu baris: "bil Ali RM 500".
  • Nombor auto-naik. Tak perlu fikir "INV-0014 atau INV-0041?"
  • Sedia MyInvois bulan LHDN cari anda.
Cuba di WhatsApp Tier percuma · Tanpa kad
whatsapp · kiira

Invois sesiapa, apa saja.

Direka untuk mikro Malaysia tapi berfungsi di mana-mana ada tanda ringgit.

Freelancer

Design, dev, konsultan

Klien sekali, retainer, milestone projek. Tambah baris, lekat nota pada terma bayaran, siap.

Kedai

Runcit & F&B

Pelanggan korporat bayar ikut invois? Uruskan tanpa buka Excel. Walk-in B2C, guna alat DuitNow QR kami.

Servis

Salon, tuisyen, bengkel

Ringkasan hujung bulan untuk ibu bapa tuisyen, invois suku tahun untuk klien korporat — satu muka surat, boleh cetak A4.

Side hustle

Part-time, sampingan

Satu invois sebulan ke klien utama, tanpa langganan dan tanpa harga Stripe untuk invois 4 baris.

Luar negara

Klien luar

Tukar mata wang ke USD / SGD / IDR / THB. PDF yang sama, cuma simbol berbeza. Resit dalam RM, invois USD — tiada drama.

Acara

Kahwin, pop-up, gig

Invois deposit, invois baki, invois perbelanjaan. Tiga PDF dalam sepuluh minit. Tanpa pasang apa-apa.

Jawapan pendek, FAQ pendek.

Betul ke ini percuma?

+
Ya. Tanpa akaun, tanpa tera air, tanpa paywall selepas tiga invois. Footer ada "made with Kiira" — itulah satu-satunya permintaan. Buangnya dengan daftar pelan percuma.

PDF ini mematuhi MyInvois?

+
Belum — MyInvois perlu UUID dari LHDN dan QR yang menghala ke salinan tervalidasi mereka. Alat ini hasilkan invois biasa, yang masih digunakan 99% mikro. Bawah RM1 juta turnover anda dikecualikan; kalau anda lepas garisan atau pelanggan minta, pelan berbayar kami tutup itu.

Boleh tambah SST?

+
Boleh. Pilih SST di dropdown, masukkan 6% (perkhidmatan) atau 8% (makanan, perkhidmatan dari Mac 2024). Kalau tak berdaftar SST (bawah RM500K), biar sifar.

Data saya disimpan?

+
Hanya kalau anda masukkan email atau WhatsApp dalam medan capture. Medan invois tak disimpan di server — wujud dalam browser sehingga anda tutup tab. Untuk templat yang disimpan, daftar akaun Kiira percuma.

Boleh tukar logo / warna?

+
Tak dalam alat percuma — kami nak kekal mudah. Daftar pelan Kiira percuma untuk muat naik logo, tetapkan warna jenama, dan tambah footer.

Kenapa "made with Kiira" di footer?

+
Sebab ada orang perlu bayar untuk PDF renderer. Daftar pelan percuma untuk buangnya — dan dapat penomboran invois, ingatan pelanggan, dan peringatan bayaran.
Simpan kira WhatsApp · RM 0 untuk mula

Kerani akaun anda
dalam poket anda.

Forward resit, rekod voice note, paste email payout — Kiira simpan. RM 0 untuk mula. Tanpa kad.

Tier percuma · Batal bila-bila · MYR sahaja